Thursday, February 28, 2013

PERJALANAN KEHIDUPAN HARIAN

Hari ini ku curi sedikit masa sebagai surirumah. Beberapa hari lalu tidak sempat utk mencoret. Sibuk sebagai seorang guru di sekolah men. agama tersohor di Kelantan agak mengusik hati...kekadang rasa ingin segera berhenti bekerja...tapi bila muhasabah balik.. inilah antara perjuangan yang perlu di tempuh dalam meneruskan kehidupan sementara ini...

Jarak rumah ke sekolah, waktu hari cuti hanya ambil masa 15 min saja tapi waktu hari bekerja akan ambil masa hingga 30 - 40 min, suatu hal memenatkan bila ' jammed ' di lampu merah.

Dalam perjalanan pulang , perlu singgah tiga tempat lagi untuk ambil anak.... alahai anak2 zaman sekarang, pergi balik senang , emak ayah hantar. Waktu zaman kita dulu, pergi sekolah ' gatih ' basikal, panas hujan tak terkira. Bila berjaya masuk asrama penuh, nak balik kena naik bas, bawa beg besar, berat lagi...itu sebab kita jadi kuat dan gigih...bagaimana dengan anak-anak kita sekarang...????

Sampai rumah dah lewat petang...solat asar...persiapan makan yang mudah-mudah saja sesuai dengan keletihan yang ditanggung...Ini menyebabkan rasa rindu pada Baitullah mendatang...
....Ya Allah... begitu rindu rasanya untuk berada di tanah suci lagi...mendengar alunan azan yang mengusik jiwa.... mendengar suara merdu dan sayu imam...menitiskan airmata keinsafan.... menyaksikan berjuta hambaMu...semuanya berlumba ke satu destinasi, iaitu rumahMu, Baitullah..di Masjidil Haram...Maha Suci Allah...Maha Suci Allah...Maha Agung dan Maha Kuasa Ya Rabbal'alamin...


Saturday, February 23, 2013

BERADA DI MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Dari Madinah ke Makkah, kami berhenti di Miqat Bir Ali bagi berniat ihram untuk umrah yang pertama....
"Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala [dan sekiranya aku datang haid maka menjadi halallah aku dengannya (bagi  wanita sahaja)]

Tiba di Makkah hampir jam 11.00 malam, Maha Suci Allah.... tiba jua akhirnya hambaMU yang kerdil ini ke Baitullah, untuk bertemu dengan pemilikNya yang Maha Agung....


"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, baginya segala pujian dan Dialah Tuhan Yang Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Aku memohon perlindungan dengan Tuhan rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran dan kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan sejahtera Nya mencucuri ke atas sahabat-sahabat baginda SAW.
Ya Allah! Tambahkanlah Baitullah itu dengan kemuliaan, kebesaran, kekuasaan, keagungan, kehebatan, ketinggian dan kebajikan."




 Masjidil Haram di waktu malam...kemilau cahaya lampu memancarkan kejernihan jiwa-jiwa yang berada di tanah suci... bertemu dan berbicara dengan Yang Maha Pencipta.....Maha Suci Allah.....




Suami tercinta di hadapan pintu utama Masjidil Haram.....

Friday, February 22, 2013

Alhamdulillah, pagi dinihari 9 Feb.... kami selamat tiba di terminal haji lapangan terbang Jeddah. Perasaan pada masa itu....hanya Allah jua yang Lebih Tahu. Airmata  terharu, gembira mengalir mengiringi detik hati, Ya Allah, akhirnya Kau terima jua kehadiran ku ke sini....


Dari Jeddah, kami menaiki bas ke Madinah.


Kala fajar menyinsing, menerbitkan matahari yang indah, kami tiba di tanah haram Madinah.....suhu sama di Malaysia namun udara berangin lebih menyamankan.....


Berada di Kota Madinah dalam tempoh yang singkat, cuma dua hari, menyebabkan rasa rindu berada di Masjid Nabawi...moga Allah mengizinkan kami ke sana lagi...


PERJALANAN UMRAH 2013

Kekuatan bermula setelah pulang dari tanah suci Mekah... Menggapai ilmu, menimba pengalaman, pengajaran, rasanya elok untuk di kongsi bersama....


8 Feb 2013
 Ujian pertama....jadual penerbangan yang berubah begitu juga pesawat yang bakal membawa jemaah umrah...
Kami akhirnya bertolak pada jam 7.15 malam waktu malaysia dengan penerbangan Nas Air. Hampir 450 orang yang menaiki pesawat ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ke tanah suci Mekah....
"Hamba-Mu telah datang menyambut panggilan-Mu Ya Allah, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu."

PENDAHULUAN

Februari tahun 2013 bersamaan Rabiul Awal 1434H.....barulah tangan ini mampu memulakan penulisan di blog ini. Setelah sekian lama di pendam hasrat untuk menjadi seorang penulis akhirnya terlontar jua....
Sebagai seorang guru tentunya tidak asing jika dikaitkan dengan penulisan namun subjek kimia yang di ajar sebenarnya menguji bait-bait ayat yang dilontarkan...